|
SAHABATKU, Demi perjuangan yang suci ini Perlu ada pandangan yang Optimis Memandang cerah masa depan Perasaan baik sangka pada Allah Tanamkan selalu pada diri Yakin setiap usaha akan dibantu Allah Kerana kita berjuang Untuk menegak kebenaran SAHABATKU, Kadang-kadang Gelanggang perjuangan kita diuji Cabaran dan halangan Datang bertimpa-timpa Adakah itu kita bersikap pesimis Menyebabkan diri jemu dan ragu Untuk meneruskan Usaha perjuangan yang suci ini Semuanya itu melemahkan diri sendiri SAHABATKU, Jauhilah jiwa yang pesimis Di kala hatimu merintih Kerana sudah tidak mampu Menaggung ujian derita Bilakah datang pertolongan Allah? Yakin dan bisikkanlah ke dalam hatimu Bahawa pertolongan Allah adalah hampir Dan kemenangan pasti datang SAHABATKU, Usahakan supaya engkau memiliki Sifat optimis dalam hidupmu Jiwamu pasti menjadi tenang Dadamu lapang serta bersedia Dengan keyakinan dan semangat yang kental Ghairah untuk terus berjuang Wajah terus bercahaya..... |
| Leave a Comment: |