RAJA WAN AZMINIEE
5 DISEMBER 1982
KOTA BHARU, KELANTAN


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Saturday, March 05, 2005
OPTIMIS

 

 

SAHABATKU,

Demi perjuangan yang suci ini

Perlu ada pandangan yang Optimis

Memandang cerah masa depan

Perasaan baik sangka pada Allah

Tanamkan selalu pada diri

Yakin setiap usaha akan dibantu Allah

Kerana kita berjuang

Untuk menegak kebenaran

SAHABATKU,

Kadang-kadang

Gelanggang perjuangan kita diuji

Cabaran dan halangan

Datang bertimpa-timpa

Adakah itu kita bersikap pesimis

Menyebabkan diri jemu dan ragu

Untuk meneruskan

Usaha perjuangan yang suci ini

Semuanya itu melemahkan diri sendiri 

SAHABATKU,

Jauhilah jiwa yang pesimis

Di kala hatimu merintih

Kerana sudah tidak mampu

Menaggung ujian derita

Bilakah datang pertolongan Allah?

Yakin dan bisikkanlah ke dalam hatimu

Bahawa pertolongan Allah adalah hampir

Dan kemenangan pasti datang 

SAHABATKU,

Usahakan supaya engkau memiliki

Sifat optimis dalam hidupmu

Jiwamu pasti menjadi tenang

Dadamu lapang serta bersedia

Dengan keyakinan dan semangat yang

kental

Ghairah untuk terus berjuang

Wajah terus bercahaya.....

 


Posted at 08:02 am by mimie81
Make a comment  

Friday, March 04, 2005
Testing2....Hallop Hye

....BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Yang Maha Pencipta kerana limpah dan inayah-Nya dapat jugak.. aku berpeluang untuk memulakan web blog yang dah lame bersendiran tanpa kata-kata dan coretan ni.Ape-ape pun thanks diucapkan kepada big bosss… kite sape lagi kalu bukan  Mr. Adha yang sudi bagi support kepadaku ‘n’ sudi jugak jadikan aku sebagai sahabat bagi mengisi web blog Adha nie.Okelah, “for the first my web blog, just I want to start with my” selawat yang menjadi amalan harian setiap kali aku memulakan tugasan seharian  sebagai penuntut. Doa inilah yang menjadi pedoman pembuka bicara daku.Semua yang ada di akal fikiran kita adalah ilmu yg diberi oleh-Nya.Ilmu…ilmu…ilmu.Tanpa ilmu di dada tiadalah sinar yang dapat melengkapkan diri maka sukarlah untuk kite menempuhi liku-liku kehidupan dengan lebih success lagi.

 SELAWAT NABI KHAIDIR

MAKSUDNYA :

Ya Allah, Selawat Dan Salam Dan Keselamatan Ke Atas Nabi Muhammad Serta Keluarganya.Tidak Ada Kesudahan Bagi Kesempurnaannya (Nabi Muhammad SAW)


KHAFIAT DAN FADILATNYA

Baca 3 Kali Semasa Mula Hendak Belajar Atau Melakukan Tugasan Harian Dan Baca 3 Kali Apabila Lupa, Sukar Ingat Untuk Memudahkan Ingatan Dan Mengembalikan Ingatan 

 


Posted at 12:00 am by mimie81
Make a comment